Mama o travel
  • Home
  • About
  • YOU TUBE
  • ADVENTURES
    • Kuantan, Pahang
    • Taiping, Perak
    • Ferringhi Beach, Penang
    • Langkawi - The Frangipani Resort
    • Kuala Selangor, Salangor
    • Maritime Muzium, Lumut, Perak
    • Damai Laut Lumut, Perak
  • STORE
  • Instagram
  • Contact

DAMAI LAUT, LUMUT, PERAK

Damai Laut, Lumut, Perak

9/4/2016

0 Comments

 
Destinasi Ideal Keluarga  di Lumut , Perak

Siapa sangka Lumut, Perak mempunyai pengisian yang cukup menarik dan unik buat keluarga beranak kecil seperti kami. Mama O Travel menjadikan Lumut sebagai destinasi percutian keluarga kali ini selepas  membuat penyelidikan yang agak terperinci di alam maya. Saya memang seorang pencinta laut, dan rasanya kalau tidak menghirup udara pantai bila bercuti seakan rasa tidak puas.
 
Mungkin ramai yang akan memilih Pulau Pangkor jika disebut tentang Lumut. Namun saya memilih Damai Laut, kerana lebih selesa berada di ‘main land’ lebih mudah untuk kami bergerak ke sana kemari, lagi pun saya ada sedikit pengalaman pahit ketika menaiki feri ke Pulau Pangkor sekitar tahun 2012, saya mabuk laut yang agak teruk ketika itu.
 
Swiss Villas and Bungalow Damai Laut
 
Terdapat pelbagai jenis penginapan di sekitar Pekan Lumut. Dari budget ke homestay hinggalah ke hotel bertaraf empat bintang. Sejak berkeluarga dan seringkali bercuti juga bersama adik beradik saya yang lain, kami sering memilih penginapan jenis apartment atau villa yang mampu menampung beberapa keluarga dalam satu kediaman.
 
Villa dua bilik di Swiss Villa and Bungalow Damai Laut yang terletak di Teluk Senangin, lebih kurang 25 minit dari Lumut Waterfront menjadi penginapan kami selama 2 malam. Villa kami juga dilengkapi dapur, ruang tamu dan ruang makan.
 
Walaupun agak terpencil ke dalam, namun Resort ini begitu kaya dengan keindahan semulajadi. Villa kami berhadapan dengan padang golf 18 lubang , kaya dengan kehijauan dan kadang kala terlihat monyet liar berkeliaran di sekitar villa.
 
Pantai di hotel ini terletak dibangunan utama, lebih kurang 500 meter dari kedudukan Villa. Sudah menjadi kebiasaan kami untuk menghabiskan sekurang-kurangnya separuh hari melayan anak-anak di kolam renang dan pantai jika bercuti. Pantai di Damai Laut ini menarik sekali kerana begitu banyak remis yang boleh dikutip. Kaseh, anak sulung saya begitu asyik mengumpulkan remis sehingga dapat 2 baldi penuh.
 
Di Villa yang dilengkapi kemudahan memasak, saya pun beria memasak sup Remis untuk makan malam. Mudah saja resipinya, bawang putih, halia, serai dan sedikit garam, renehkan bahan-bahan tadi bersama Remis selama 20 minit. Jangan lupa rendam Remis dulu dalam air biasa selama 2 jam sebelum direbus.
 
Keesokan harinya kami ke Pekan Pantai Remis. Kelihatan gerai-gerai kecil disekitar bahu jalan menjual hasil laut yang cukup segar. Saya pntang melihat ikan-ikannya segar, kami singgah dan membeli sedikit bekalan untuk dimasak buat makan tengahari, harganya pun berpatutan jika disbanding dengan Pasar yang menjadi kelaziman saya di Kuala Lumpur.
 
Ikan Bilis Bermata Biru
 
Kami ke Lumut Waterfront . Mencari ikan bilis bermata biru. Rata –rata bila saya buat carian di ‘google’ pasti ikan bilis ini akan muncul dicarian. Ikan Bilis bermata biru ini begitu sinonim dengan Pulau Pangkor. Sesuai dibeli untuk kegunaan sendiri atau dijadikan cenderahati buat keluarga dan mertua. I’am practical that way, saguhati sebegini pasti amat dihargai dan enak dijadikan lauk atau dibuat cucur hidangan petang.
 

0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Kartini Ariffin

    Archives

    April 2016

    Categories

    All

    RSS Feed

Location

What Our Clients Are Saying

Mama O Travel is a proud partner for Malaysia Airlines No Distance Is Too Far Campaign 2016. 

​Mama O Travel is also a contributor for Santai Travel Magazine.


Contact Us

Subscribe

Email us at kartini.ariffin@gmail.com
Join our mailing list today!
Join Now
  • Home
  • About
  • YOU TUBE
  • ADVENTURES
    • Kuantan, Pahang
    • Taiping, Perak
    • Ferringhi Beach, Penang
    • Langkawi - The Frangipani Resort
    • Kuala Selangor, Salangor
    • Maritime Muzium, Lumut, Perak
    • Damai Laut Lumut, Perak
  • STORE
  • Instagram
  • Contact